Friday, July 17, 2009

MU Datang Lagi


Hari ini lebih kurang tengahari waktu Malaysia, kelab Manchester United datang kembali ke Malaysia untuk Jelajah Asia 2009, setelah kali terakhir datang ke sini pada tahun 2001. Walaupun hampir datang semula pada tahun 2007, akan tetapi kemelut dengan AFC ketika itu menidakkan kedatangan kelab hebat ini pada masa itu.

i amat teruja dengan kedatangan MU ke negara i. i tak nafikan jiwa i memang antara peminat kelab ini walaupun zaman ketegaran i menyokong kelab ini telah berlalu. i mengikuti perkembangan kelab ini setelah pembelian Eric The King Tona daripada Leeds United pada tahun 1992. Semenjak itu sehinggalah kepada zaman penyerang kembar Dwight Yorke dengan Andy Cole, minat i pada team ni dah makin menurun dah tak segah dulu. Namun begitu i tetap mengikuti perkembangan daripada jauh.

Ok, kita berbalik kepada tajuk asal, kedatangan kali ini macam biasa seperti tahun 2001, i antara ribuan rakyat Malaysia yang akan datang menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan MU nanti. Sokongan sudah tentu i akan bagi 100 peratus kepada pasukan negara i yang tercinta , Malaysia. Sokongan i memang tak berbelah bahagi sama seperti i menyokong pasukan negeri i dalam mana-mana pertandingan bolasepak iaitu pasukan Negeri Sembilan. Cuma i ada rasa sedikit kecewa kerana gagal membeli tiket yang berharga RM 98 kerana sudah habis. Dapatlah beli tiket RM 58 dimana tempat duduk hanya dibelakang pintu gol. Jadilah daripada tak ada. Bukan senang nak tengok bintang-bintang MU main di Malaysia kan?

Ok, i akan tulis lagi selepas menonton perlawanan ini esok. Seperti biasa i akan turun dengan berbaju kuning jersi Malaysia. Keputusan tidak penting. Yang penting merasai suasana di stadium semasa perlawanan dengan melihat pelbagai aksi peminat. Jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil esok jam 5.30 petang.

Saturday, July 4, 2009

Antara Waras Dan Pengajaran...


Salam kepada semua, i rasa lama sangat tak mengemaskinikan blog ni. Mungkin kerana tidak ada apa yang hendak ditulis ataupun mungkin juga ramai orang lain dah memperkatakan perkara yang sama. Memperkatakan sesuatu perkara yang sama akan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bosan terhadap diri kita.

Jumaat lepas i berjumpa dengan seorang insan istimewa di pasar Jumaat bersebelahan dengan Masjid Negara. Insan ini menggelarkan dirinya sebagai Ketua Penyelidik Angkasa Lepas Malaysia. Sebelum ini memang i selalu jumpa beliau di tempat yang sama, tetapi i tidak mempedulikan beliau kerana i anggap beliau kurang waras. Namun begitu, setelah kisah beliau keluar di suratkhabar Utusan Malaysia di ruangan forum pada 30 Jun 2009, i rasa orang ramai termasuk i sudah mula memberi perhatian terhadap insan istmewa ini.

i mengikuti serba sedikit ceramah yang beliau sampaikan, walaupun i meragui kesasihan fakta matematik dan fizik yang diutarakan oleh beliau, tetapi i mengagumi cara penyampaian beliau dengan mencampuradukkan fakta-fakta peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Antaranya tetang peti besi Tunku Abdul Rahman, DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah dan juga tentang kematian Micheal Jackson. Secara tidak langsung unsur-unsur humor terjadi dan orang ramai yang mengikuti ceramah beliau rasa terhibur.

i juga amat kagum dengan beliau apabila beliau menunjukkan foto-foto bersama VIP. Antaranya ialah Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar dan juga Presiden UNESCO dan beberapa orang Menteri di Malaysia. Walaupun i tak percaya yang beliau berbincang mengenai hal hal ilmiah dengan VIP tersebut, namun begitu usaha beliau untuk bertemu dengan orang kenamaan amatlah tinggi. i rasa i pun tak mampu nak berbuat begitu.

Kesimpulannya disini, pertamanya kita jangan memandang rendah seseorang yang kita tidak kenali, kerana di sebalik kelemahan yang kita nampak pada seseorang, akan tetapi kita tidak tahu sebenarnya orang itu mempunyai keistimewaan yang lain yang tiada dalam diri kita. Selain itu, jika kita hendak berkata sesuatu, khasnya kepada rakan-rakan kita, janganlah kita berkata benda yang sama, ini akan menyebabkan orang akan berkata kita ni balik-balik benda yang sama. Kita perlulah cuba untuk menceritakan perkara-perkara yang terkini dan segar bagi menarik perhatian orang ramai. Itu yang i dapat pelajari. Kepada insan istimewa itu, i hormati anda kerana keberanian yang ada pada anda. Tidak hairanlah Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC ) ingin memberikan penghargaan kepada anda. Bagi i anda telah mengajarkan i ilmu yang i tidak boleh diperolehi semasa di sekolah.