Tuesday, October 13, 2009

Bertemu Idola

Alhamdulillah Jumaat lepas sempat bertemu idola di kampung i. Last jumpa rasanya tahun 2000 dulu, itupun jauh. Kali ni dapat jumpa dekat. Tak tahu nak kata. Cuma kalau sesiapa lom kenal beliau memang akan kata beliau macam-macam. Akan tetapi kalau sesiapa biasa ikut kuliah dan ceramah beliau sama ada direct ataupun melalui cd-cd dan kitab tulisan beliau, InsyaAllah akan faham bahawa beliau memang ulamak yang tinggi tarafnya.

Layan ni pulak KAGUM

Saturday, September 19, 2009

Wakullu Amin Wa Antum Bi Khairin

Jangan terperanjat, gambar ini bukanlah gambar kontroversi seperti di Shah Alam beberapa minggu lepas. Akan tetapi gambar ini memang di tangkap secara live oleh i sendiri pagi tadi semasa membeli daging untuk dimasak menjadi rendang yang sedap dan tentunya hasil air tangan mak mertua i.

Jadi dikesempatan ini, i mengucapkan Wakullu Amin Wa Antum Bi Khairin pada semua sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini. i dan keluarga memohon maaf sekiranya ada kesalahan yang dilakukan sama ada secara zahir ataupun batin. Ingatan rakan-rakan sekelian menerusi pesanan sms amat i hargai. Kalau ada kelapangan kita sama-sama akan berjumpa dalam meraikan Aidil Fitri nanti.Insya Allah.

Wassalam.

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa n9futbol.com


Salam, semalam 31 Ogos 2009, i sempat berbuka puasa bersama rakan-rakan n9futbol.com di sebuah restoran di Jalan Pantai Seremban. Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu jurulatih pasukan bolasepak Negeri Sembilan, Encik Wan Jamak Wan Hassan bersama-sama dengan pemain muda Aliff Samsudin. Untuk melihat foto-foto pada majlis itu sila klik disini. (kredit kepada pemilik blog snomed3)

Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadan


Alhamdulillah, Ramadan selamat tiba pada tahun ni. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, kerana memberi peluang kepada kita semua sekali lagi untuk menempuh bulan yang penuh kerahmatan ini. Inilah peluang untuk kita memperbaiki segala amalan kita yang mana, pada bulan-bulan biasa kita mungkin mengambil ringan dan alpa dengan perintah tuhan. Masha Allah.

i amat bersyukur kerana pada malam tadi, i sempat menunaikan sembahyang sunat terawih pertama kali di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Masjid ini menempuh Ramadan yang pertamanya setelah dibuka pada Aidil Adha tahun lepas. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada pihak JAWI, kerana menempatkan pegawai-pegawai masjid yang muda dan difahamkan mereka ini dari golongan profesional yang hafal Al-Quran dan terdiri daripada anak-anak Wangsa Maju sendiri. Sejuk hati mendengar bacaan daripada Hafiz-hafiz muda ini. Bacaan nya bagus laju dan lancar. Tak terasa sangat 20 rakaat terawih campur dengan 3 witir. Difahamkan mereka membaca setengah juzuk satu hari dan InsyaAllah akan dapat 15 juzuk sehingga malam akhir Ramadan nanti.Program-program yang diatur juga banyak dan i rasa memang dapat mengimarahkan Ramadan ni sama juga seperti masjid-masjid lain di Malaysia ini. Antaranya pengagihan bubur lambuk pada waktu petang, majlis berbuka setiap hari, tadarus selepas terawih dan juga pada malam-malam akhir Ramadan nanti akan diadakan Qiamulail. Alhamdulillah. Semoga makmur kawasan Wangsa Maju ni.

Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan. Dewan sebelah dalam masjid penuh. Kehadiran muslimat pun amat membanggakan. Cuma apa yang menimbulkan tanda tanya kepada i ialah selepas 8 rakaat, tinggal 4 baris sahaja muslimin di dalam ruang utama masjid. Agaknya masing-masing sambung beribadah kat rumah tu.

InsyaAllah i akan cuba datang berterawih di masjid ini sekiranya i ada di Wangsa Maju. Maklumlah bulan Ramadan ni banyak undangan berbuka (macam artis da). Semoga kita semua dapat memanafaatkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Hmmm lagi satu tadi i baru balik dari pasar tani, i rasa menu berbuka pada hari ni adalah rojak pecal. Menu kegemaran i semasa berbuka. Tak sabar nak tunggu 7.24 malam ni hehehhe jangan marah aaaa

Thursday, August 20, 2009

Kalah? Biar Betul?

MU kalah wei, biar betul? Dengan Burnley pun kalah. Habis la kah kah kah kah

Apa dia cakap? Tengok ni

Friday, August 14, 2009

Percaya kah anda?


Salam kepada semua rakan-rakan. Kali ni i tak ada benda nak tulis. Cuma i nak rakan-rakan semua tengok gambar yang ada ni. Korang tekalah sapa. Percaya atau tidak hahahhahah. Kredit pada rakan-rakan seperjuangan lama i. Rasanya rindu i pada korang dah terubat.

Sunday, August 2, 2009

Kisah Dua Jumaat

i tengah kesakitan sekarang ni, Jumaat lepas (24 Julai) kaki i terseliuh kerana jatuh tangga, Jumaat yang baru ni pulak (31 julai), i kemalangan kecil melibatkan motor i dan sebuah kereta. i pun tak perasan macam mana boleh jadi. Bila dah kena terus pisat macam baru bangun tidur.

Kesimpulannya i kena muhasabah diri.

Friday, July 17, 2009

MU Datang Lagi


Hari ini lebih kurang tengahari waktu Malaysia, kelab Manchester United datang kembali ke Malaysia untuk Jelajah Asia 2009, setelah kali terakhir datang ke sini pada tahun 2001. Walaupun hampir datang semula pada tahun 2007, akan tetapi kemelut dengan AFC ketika itu menidakkan kedatangan kelab hebat ini pada masa itu.

i amat teruja dengan kedatangan MU ke negara i. i tak nafikan jiwa i memang antara peminat kelab ini walaupun zaman ketegaran i menyokong kelab ini telah berlalu. i mengikuti perkembangan kelab ini setelah pembelian Eric The King Tona daripada Leeds United pada tahun 1992. Semenjak itu sehinggalah kepada zaman penyerang kembar Dwight Yorke dengan Andy Cole, minat i pada team ni dah makin menurun dah tak segah dulu. Namun begitu i tetap mengikuti perkembangan daripada jauh.

Ok, kita berbalik kepada tajuk asal, kedatangan kali ini macam biasa seperti tahun 2001, i antara ribuan rakyat Malaysia yang akan datang menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia dan MU nanti. Sokongan sudah tentu i akan bagi 100 peratus kepada pasukan negara i yang tercinta , Malaysia. Sokongan i memang tak berbelah bahagi sama seperti i menyokong pasukan negeri i dalam mana-mana pertandingan bolasepak iaitu pasukan Negeri Sembilan. Cuma i ada rasa sedikit kecewa kerana gagal membeli tiket yang berharga RM 98 kerana sudah habis. Dapatlah beli tiket RM 58 dimana tempat duduk hanya dibelakang pintu gol. Jadilah daripada tak ada. Bukan senang nak tengok bintang-bintang MU main di Malaysia kan?

Ok, i akan tulis lagi selepas menonton perlawanan ini esok. Seperti biasa i akan turun dengan berbaju kuning jersi Malaysia. Keputusan tidak penting. Yang penting merasai suasana di stadium semasa perlawanan dengan melihat pelbagai aksi peminat. Jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil esok jam 5.30 petang.

Saturday, July 4, 2009

Antara Waras Dan Pengajaran...


Salam kepada semua, i rasa lama sangat tak mengemaskinikan blog ni. Mungkin kerana tidak ada apa yang hendak ditulis ataupun mungkin juga ramai orang lain dah memperkatakan perkara yang sama. Memperkatakan sesuatu perkara yang sama akan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bosan terhadap diri kita.

Jumaat lepas i berjumpa dengan seorang insan istimewa di pasar Jumaat bersebelahan dengan Masjid Negara. Insan ini menggelarkan dirinya sebagai Ketua Penyelidik Angkasa Lepas Malaysia. Sebelum ini memang i selalu jumpa beliau di tempat yang sama, tetapi i tidak mempedulikan beliau kerana i anggap beliau kurang waras. Namun begitu, setelah kisah beliau keluar di suratkhabar Utusan Malaysia di ruangan forum pada 30 Jun 2009, i rasa orang ramai termasuk i sudah mula memberi perhatian terhadap insan istmewa ini.

i mengikuti serba sedikit ceramah yang beliau sampaikan, walaupun i meragui kesasihan fakta matematik dan fizik yang diutarakan oleh beliau, tetapi i mengagumi cara penyampaian beliau dengan mencampuradukkan fakta-fakta peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Antaranya tetang peti besi Tunku Abdul Rahman, DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah dan juga tentang kematian Micheal Jackson. Secara tidak langsung unsur-unsur humor terjadi dan orang ramai yang mengikuti ceramah beliau rasa terhibur.

i juga amat kagum dengan beliau apabila beliau menunjukkan foto-foto bersama VIP. Antaranya ialah Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar dan juga Presiden UNESCO dan beberapa orang Menteri di Malaysia. Walaupun i tak percaya yang beliau berbincang mengenai hal hal ilmiah dengan VIP tersebut, namun begitu usaha beliau untuk bertemu dengan orang kenamaan amatlah tinggi. i rasa i pun tak mampu nak berbuat begitu.

Kesimpulannya disini, pertamanya kita jangan memandang rendah seseorang yang kita tidak kenali, kerana di sebalik kelemahan yang kita nampak pada seseorang, akan tetapi kita tidak tahu sebenarnya orang itu mempunyai keistimewaan yang lain yang tiada dalam diri kita. Selain itu, jika kita hendak berkata sesuatu, khasnya kepada rakan-rakan kita, janganlah kita berkata benda yang sama, ini akan menyebabkan orang akan berkata kita ni balik-balik benda yang sama. Kita perlulah cuba untuk menceritakan perkara-perkara yang terkini dan segar bagi menarik perhatian orang ramai. Itu yang i dapat pelajari. Kepada insan istimewa itu, i hormati anda kerana keberanian yang ada pada anda. Tidak hairanlah Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC ) ingin memberikan penghargaan kepada anda. Bagi i anda telah mengajarkan i ilmu yang i tidak boleh diperolehi semasa di sekolah.

Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Guru

Hampir berlinangan mata i baca sajak ni, khas buatmu semua guru-guru i dan juga kepada arwah ayah iyang pernah berkhidmat sebagai guru selama 41 tahun(lebih separuh dari hayatnya)

Karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang (Al-fatihah untuk beliau)

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Wednesday, May 13, 2009

iklan tak berbayar......


Ada sahabat i minta tolong iklankan barang dia. Penapis air. Harga RM 1800 boleh ansuran bulan-bulan. Bayaran terpulang ikut kemampuan. Sebulan RM 50 ker, RM 100 ker . Siapa berminat hubungi i. Manfaat produk memang banyak. Nak tahu tanya sahabat i tu dengan lebih lanjut nanti.

Friday, May 8, 2009

Virus................

Kementerian Kesihatan Malaysia
SELESEMA BABI (SWINE INFLUENZA)

Soalan-soalan Lazim
1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.
Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).
Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

i petik artikel ni daripada kawan i yang di postkan dalam satu forum. i punya kesimpulan, virus ni adalah sama macam Virus Nipah juga.

Seperti yang kita ketahui Virus Nipah dapat dikesan di Kampung Sungai Nipah, Port Dickson pada awal tahun 1999. i memang ada di situ pada masa itu, dimana jangkaan awal di sebabkan oleh nyamuk yang di panggil sebagai JE. Akan tetapi jangkaan itu meleset setelah pakar-pakar telah menemui satu virus lain yang menyebabkan penyakit ini. Punca utamanya ialah sama seperti yang terjadi seperti artikel tersebut iaitu mereka yang ada direct contact terhadap babi. Kalau disebabkan nyamuk, mungkin i sekarang dah mati disebabkan wabak itu, kerana i memang berada di tempat dimana wabak itu terjadi. Kampung Sungai Nipah adalah 2 kilometer daripada kampung i.

Jadi yang i nak persoalkan disini ialah, mengapa kajian pakar-pakar dari Malaysia yang menemui Virus Nipah diketepikan begitu sahaja tanpa ada tindakan lanjut daripada masyarakat antarabangsa untuk mencegah virus itu daripada berulang. Mungkin satu daripada saranan pakar tersebut ialah jangan makan dan membela babi. Tetapi disebabkan babi adalah makanan ruji kebanyakan orang di dunia ini (selain daripada orang Islam) dan mempunyai nilai ekonomi yang besar, siapa yang sanggup untuk meninggalkan tabiat makan babi ini.

Maka tidak hairanlah nasihat daripada pakar-pakar dan para saintis dinafikan oleh masyarakat barat sedangkan arahan daipada Pemerintah Alam ini pun mereka tak percaya dimana setiap yang dilarang oleh Allah Taala, memang ada sebab musabab nya kerana Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Wednesday, May 6, 2009

Cerita tentang.....?

i rasa blog i ni tak perlu lah nak masukkan cerita tentang bola kan? Walaupun i tahu i ni memang tak boleh dipisahkan dengan bola, dah menjadi darah daging dah minat i ni. i tak minat memancing walaupun dipengaruhi dengan persekitaran kaki pancing semasa alam kanak-kanak. i tak minat memburu walaupun pernah terjebak dengan kegiatan memburu satu masa dahulu. i juga tak minat berkebun, walaupun arwah ayah i memang ajar perkara ni sejak kecil lagi, kononnya supaya i boleh ambil alih urusan tanah pertanian milik arwah ayah i. i tak minat memasak sebab i bukan lelaki lembut. i tak minat cerita perkara yang serius, sebab orang kata i ni pak lawak. Akan tetapi i tak minat jadi pelawak. i tak minat kucing tu sebab i tak bela kucing.

Abis apa yang i minat takkan tak boleh cerita kan? Arghhhhhh kalau i rasa nak tulis tentang bola, i cerita jer lah nanti, walaupun i ada juga menulis tentang bola di blog i lagi satu.

Siapalah i kalau minat i sendiri i singkirkan.

Tuesday, May 5, 2009

Satu, Wahid, Eekk, One ..........Onnek

i rasa terpanggil lak nak cuba menulis. Tengok member-member semua pandai menulis, macam rasa kita ni terpencil pulak bila tak pandai menulis. Terima kasih la pada member-member yang mencabar tu. Jadi bila tak tahu nak letak topik apa, letak jer la nombor satu. Jadi ini adalah nombor tulisan nombor satu, wahid,e ek, one dan onnnek bagi blog ni. Kredit kepada TR yang tolong meng'hidup'kan blog i ni.

Sebelum tu nak bagi tahu kalau kat kampung tu, aku dikenali sebagai "i", jadi dalam blog ni aku umumkan dengan rasminya, aku adalah "i". Tepuk-tepuk, mana kompang ni hahahhahah.

Ok jumpa lagi