Saturday, July 4, 2009

Antara Waras Dan Pengajaran...


Salam kepada semua, i rasa lama sangat tak mengemaskinikan blog ni. Mungkin kerana tidak ada apa yang hendak ditulis ataupun mungkin juga ramai orang lain dah memperkatakan perkara yang sama. Memperkatakan sesuatu perkara yang sama akan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bosan terhadap diri kita.

Jumaat lepas i berjumpa dengan seorang insan istimewa di pasar Jumaat bersebelahan dengan Masjid Negara. Insan ini menggelarkan dirinya sebagai Ketua Penyelidik Angkasa Lepas Malaysia. Sebelum ini memang i selalu jumpa beliau di tempat yang sama, tetapi i tidak mempedulikan beliau kerana i anggap beliau kurang waras. Namun begitu, setelah kisah beliau keluar di suratkhabar Utusan Malaysia di ruangan forum pada 30 Jun 2009, i rasa orang ramai termasuk i sudah mula memberi perhatian terhadap insan istmewa ini.

i mengikuti serba sedikit ceramah yang beliau sampaikan, walaupun i meragui kesasihan fakta matematik dan fizik yang diutarakan oleh beliau, tetapi i mengagumi cara penyampaian beliau dengan mencampuradukkan fakta-fakta peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Antaranya tetang peti besi Tunku Abdul Rahman, DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah dan juga tentang kematian Micheal Jackson. Secara tidak langsung unsur-unsur humor terjadi dan orang ramai yang mengikuti ceramah beliau rasa terhibur.

i juga amat kagum dengan beliau apabila beliau menunjukkan foto-foto bersama VIP. Antaranya ialah Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar dan juga Presiden UNESCO dan beberapa orang Menteri di Malaysia. Walaupun i tak percaya yang beliau berbincang mengenai hal hal ilmiah dengan VIP tersebut, namun begitu usaha beliau untuk bertemu dengan orang kenamaan amatlah tinggi. i rasa i pun tak mampu nak berbuat begitu.

Kesimpulannya disini, pertamanya kita jangan memandang rendah seseorang yang kita tidak kenali, kerana di sebalik kelemahan yang kita nampak pada seseorang, akan tetapi kita tidak tahu sebenarnya orang itu mempunyai keistimewaan yang lain yang tiada dalam diri kita. Selain itu, jika kita hendak berkata sesuatu, khasnya kepada rakan-rakan kita, janganlah kita berkata benda yang sama, ini akan menyebabkan orang akan berkata kita ni balik-balik benda yang sama. Kita perlulah cuba untuk menceritakan perkara-perkara yang terkini dan segar bagi menarik perhatian orang ramai. Itu yang i dapat pelajari. Kepada insan istimewa itu, i hormati anda kerana keberanian yang ada pada anda. Tidak hairanlah Institut Kajian Aero Angkasa Malaysia (STS-MC ) ingin memberikan penghargaan kepada anda. Bagi i anda telah mengajarkan i ilmu yang i tidak boleh diperolehi semasa di sekolah.

2 comments:

wakakak said...

hahahaha...

lu ceramah dia lu golak2 yo...

cBonKsuNaniE said...

Kite pun slalU jUpe org neh ms Zaman2 kite naek komuter Pigi baliK somban KL dulu, tapI xpenah PoN naK spenD time dgr Hujah die~die suRvIve gUne duit pe yeh ??