Saturday, August 22, 2009

Selamat Datang Ramadan


Alhamdulillah, Ramadan selamat tiba pada tahun ni. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, kerana memberi peluang kepada kita semua sekali lagi untuk menempuh bulan yang penuh kerahmatan ini. Inilah peluang untuk kita memperbaiki segala amalan kita yang mana, pada bulan-bulan biasa kita mungkin mengambil ringan dan alpa dengan perintah tuhan. Masha Allah.

i amat bersyukur kerana pada malam tadi, i sempat menunaikan sembahyang sunat terawih pertama kali di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur. Masjid ini menempuh Ramadan yang pertamanya setelah dibuka pada Aidil Adha tahun lepas. Alhamdulillah, syabas dan tahniah kepada pihak JAWI, kerana menempatkan pegawai-pegawai masjid yang muda dan difahamkan mereka ini dari golongan profesional yang hafal Al-Quran dan terdiri daripada anak-anak Wangsa Maju sendiri. Sejuk hati mendengar bacaan daripada Hafiz-hafiz muda ini. Bacaan nya bagus laju dan lancar. Tak terasa sangat 20 rakaat terawih campur dengan 3 witir. Difahamkan mereka membaca setengah juzuk satu hari dan InsyaAllah akan dapat 15 juzuk sehingga malam akhir Ramadan nanti.Program-program yang diatur juga banyak dan i rasa memang dapat mengimarahkan Ramadan ni sama juga seperti masjid-masjid lain di Malaysia ini. Antaranya pengagihan bubur lambuk pada waktu petang, majlis berbuka setiap hari, tadarus selepas terawih dan juga pada malam-malam akhir Ramadan nanti akan diadakan Qiamulail. Alhamdulillah. Semoga makmur kawasan Wangsa Maju ni.

Kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan. Dewan sebelah dalam masjid penuh. Kehadiran muslimat pun amat membanggakan. Cuma apa yang menimbulkan tanda tanya kepada i ialah selepas 8 rakaat, tinggal 4 baris sahaja muslimin di dalam ruang utama masjid. Agaknya masing-masing sambung beribadah kat rumah tu.

InsyaAllah i akan cuba datang berterawih di masjid ini sekiranya i ada di Wangsa Maju. Maklumlah bulan Ramadan ni banyak undangan berbuka (macam artis da). Semoga kita semua dapat memanafaatkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Hmmm lagi satu tadi i baru balik dari pasar tani, i rasa menu berbuka pada hari ni adalah rojak pecal. Menu kegemaran i semasa berbuka. Tak sabar nak tunggu 7.24 malam ni hehehhe jangan marah aaaa

2 comments:

cBonKsuNaniE said...

Jan Lupa Nex weeK Umah Abg khalIl yeh~ Teraweh Kat PD n Chuaw Plak..hehe

chuaw@i said...

Insya Allah